Penantian Satu Penyeksaan

2 Comments »
Ngeng.. ngeng.. ngeng.. Keta wira memecut laju membadai hujan lebat yang tiada hujung pangkal tuk reda.. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk melakukan aktiviti di malam hari.. Biasa la kehidupan anak bujang katakan.. Ada masa terluang je sikit.. Perghhh.. Zap.. zap.. zap.. Hilang ntah gi mana.. Nak dipendekkan cetanya.. Tetiba je keta kitaorang sampai di kg.nelayan.. Eh.. Salah tempat ker?..

Ha.. Ha.. Ha.. Sebenarnya mana salah tempat bhai.. Tu la destinasi kami... Makan malam istimewa buat crew pakatan rakyat kg.likas.. Penantian akhirnya terjawab.. Ada faham??.. Kalo ndak faham gak maksud aku.. Lantak pi la bhai.. Crew-crew terdekat jak rasanya tau hal ni.. Hmm.. Malas la nak fikir lagi pasal benda yang dah lalu.. Apa pun hal.. Semua dah settle.. Tak yah nak buka ceta lama.. Done.. Savvy?..
Memang best la kat tempat tu.. Makan suka ati apa jak yang ko nak pilih.. Tak kisah la apa-apa pun.. Janji perut happy.. Tengok jak la gambar sebelah ni.. Mamat & Bam (Bukan nama sebenar) tengah mengorek sumber-sumber protein dalam kawah gunung berapi tu.. Berabis bhai makan..
Durang ni memang hustler dalam rantaian makanan macam ni.. Kalo dibandingkan ngan diri aku... Ermm.. Mana bleh lawan bhai.. Tong kecik.. Ahakzz.. Sapa la aku.. Tapi aku tetap berusaha mengikut rentak durang berdua.. Bak kata pepatah.. Makan sikit-sikit.. Lama-lama abis jugak..

Perghhh... Memang kenyang siut kat situ.. Maklum la.. Seharian kitaorang tak makan.. Bukan apa.. Asyik tidur jak kat umah.. Nak bangun pigi masak pun malas..

Makan tetap makan bhai.. Tapi sambil menjamah hidangan tu.. Dalam diam-diam kitaorang menanti laporan keputusan pilihanraya kecik Parlimen Permatang Pauh.. Ting tong.. Dalam keghairahan melahap makanan ni.. Tetiba si Bam (Bukan nama sebenar) terima panggilan telefon dari ehem-ehemnya la..

After 5mins or 10mins on the phone.. Si Bam pun bagitau kat aku ngan si Mamat berita kemenangan PKR di Permatang Pauh dengan majoriti besar 15,671 undi.. Ding dong abis si Anwar sapu.. Persoalannya pun dah terjawab bhai.. So, kitaorang pun menyambung balik makanan yang masih hot di atas meja tu.. Sambil-sambil santai makan.. Sambil-sambil la juga jari-jemari aku ni gatal menghantar SMS kat sorang kawan yang memang kuat pengaruh ke BN-annya.. Kui.. Kui.. Ingatkan SMS yang di hantar tu akan di reply.. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset.. SMS ndak di ignore pun oleh si kawan tu.. Jadi.. Faham-faham jak la kan.. Mungkin si kawan tu frust abis kali or mungkin tengah memikirkan apa ceta dalam post mortem di blog si kawan tu nanti.. Kalo bleh tu kawan.. Jan lagi ada dolah dalih dalam hal ni.. Keputusan pun dah jadi kenyataan skang.. PKR MENANG semua 28 tempat kawasan mengundi.. Huhuhu.. Permatang Pauh to Parliment this morning buddy.. That for sure..
















If i had my own world.. I'd show you the life that's inside it.. The way that it glows when you find it.. The way it survives with it's families, friends or it's enemies..

Bukan ada niat tuk memburukkan sesapa dalam hal ni.. This is politic matter.. Keperluan dalam membuat sesuatu perubahan adalah penting.. ini la dunia politik.. Kita hanya insan yang kerdil jika di bandingkan mereka yang berada di atas.. Harus di ingat.. Rakyat adalah penentu dalam pemilihan pemimpin yang dipilih.. Bukan memilih pemimpin berdasarkan populariti tapi memilih bakal pemimpin yang benar-benar telus, berani bersuara, berkewibawaan dan berpandangan jauh ke depan dalam hala tuju perubahan semasa politik yang kian meruncing dalam negara sendiri.. Apa yang diharapkan oleh rakyat macam kita ni.. Harapan agar masa sidang berlangsung.. Wakil pemimpin yang dipilih tidak tidur semasa sidang untuk membela rakyat dan juga berharap ketika sidang berjalan jangan hanya diam atau cuma cakap “setuju” ketika sidang, tapi bicaralah yang lantang dan jangan hanya diam.
12:53 AM

TONTONAN UMUM

1 Comments »
7:56 PM

GIMIK POLITIK ATAN

2 Comments »
Terpanggil rasanya aku nak membalas kenyataan daripada blog saudara atan mengenai perlawanan bola sepak antara LIVERPOOL & STANDARD LIEGE semalam.. walaupun semalam aku tak berkesempatan menonton perlawanan tersebut namun cukup la sekadar mengetahui keputusan perlawanan tersebut yang berakhir dengan seri melalui internet news.. Tergelak sakan juga aku membaca ruangan blog beliau yang mana bagi aku fikirkan kenyataannya adalah lucu sebenarnya.. mana tidaknya.. bola sepak pun nak sangkut pautkan fahaman politik... hebat gak ar beliau ni.. dah tahap nak kering idea la ni kali.. mana-mana jak peluang terhidang di situ la saudara atan menghentam lawan.. memang patut pun TORRES tu kena bangga umpama ANWAR IBRAHIM dalam melawan balik parti yang dulunya dia berada disitu.. sebenarnya saudara atan ni takut sebab LIVERPOOL (PR) boleh mengucar kacirkan kedudukan MAN.U (UMNO) tak kira mana-mana tempat.. jangan cakap sebarang cakap kawan.. dalaman team saudara atan tu pun dah nampak ada yang tak berpuas hati sesama sendiri.. ape cerita??... kasitau itu ALEX FERGUSON (Pak Lah) sana.. kasi bikin durang punya teamwork dan strength dulu.. baru lawan itu tu LIVERPOOL sana.. oohh.. aku nak cakap dekat saudara atan lagi ni.. tu keputusan perlawanan bola semalam hanya pemanas badan sebelum perlawanan sebenar bermula... kita tunggu aksi di stadium permatang pauh (LIVERPOOL vs MANCHESTER UNITED) nanti..
3:48 PM

ATAN DULU, KINI DAN SELAMANYA

3 Comments »
Kawan tetap kawan dan LAWAN TETAP LAWAN.. Ideologi politik ini saja yang membezakan antara kita semua.. Dari dulu sampai la sekarang saudara atan masih sama dan tak penah berubah.. masih menegakkan benang yang basah.. yes.. politik tetap politik.. tapi mangsanya pada rakyat macam kita.. ni la fungsi pembangkang.. tanpa pembangkang maka tak da la perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri.. tak kan la kita menyokong sepenuhnya pada kerajaan.. tetap ada kekurangan.. Sebab kekurangan ini la diambil perhatian oleh pembangkang dalam memastikan keseimbangan politik adalah adil bagi semua pihak.. Aku memang bersyukur di atas apa yang SABAH miliki hari ini.. sudah nampak perubahan besar berbanding dahulu.. TERIMA KASIH aku ucapkan ke atas keperihatian pihak kerajaan negeri dalam membuat perubahan tersebut.. namun bagi aku ia nya memberi gambaran untuk menyedapkan mata rakyat SABAH khususnya.. bagaimana kehidupan rakyat SABAH yang jauh daripada arus pembangunan?.. masih terlalu banyak lagi yang kurang.. wakil-wakil rakyat BN SABAH yang dipilih semuanya pergi dimana masa rakyatnya memerlukan bantuan?.. Bukan semua tempat di bumi SABAH ni di berikan tumpuan... hanya sesetengah kawasan saja.. Aku ni bukannya seorang pengamal pro pembangkang sepenuhnya.. tapi hanya orang biasa dalam memerhatikan situasi semasa isu-isu politik MALAYSIA.. bukannya aku tak tau ngan saudara atan ni.. sering juga mengutuk aksi-aksi ketidak konsistenan politik yang dimainkan oleh pihak kerajaan sendiri.. apa cerita??.. bila saudara atan tak berpuas hati mesti jugak mengata.. tapi bila ada kebaikan... fuuuhh.. memang menyokong sakan... ehem.. ehem.. ADA KEPENTINGAN KE baru nak menyokong???.. Renung-renungkan..
11:40 AM

ARAH TUJUAN ATAN?

10 Comments »

Aku berfikir manakah perginya arah tujuan atan?. ke utara ke ke selatan?. barat atau timur?. Saudara atan terlalu kuat pegangannya dengan parti kesayangannya UMNO. Bukan untuk mengutuk beliau mahupun parti UMNO, tetapi ingin memaki hamun saudara atan yang kian hari kian terdesak meminta sokongan faiz untuk memasuki partinya supaya beliau boleh menang dalam pemilihan UMNO bahagian di kawasannya di parit buntar. Walaupun gua ni dari SABAH, tak tau sangat poltik-politik ni berbanding korang, tapi sahabatku atan, tolonglah beri kerjasama supaya jangan kutuk-kutuk SABAH. kami dah puas dengan parti-parti PBS sebelum ni. sejak PBS di pembangkang mahu pun selepas PBS masuk BN. Hakikatnya sama jak. Jadi saudara atan tidak perlulah mempertikaikan negeri kesayangan saya ini. Kami tahu di mana arah tujuan kami sendiri.. HIDUP SABAH!!!! HIDUP ZIZAW!!!! LOMPAT SAPP!!!!....
1:36 AM