Faiz, Tolong Fikir-Fikirkan

14 Comments »
Kui.. kui.. kui.. Aku terjumpa artikel ni khusus tuk saudara faiz.. Baca la tuk renungan ko yang jap lagi nak mendirikan rumahtangga.. Kami lama lagi ni.. Tapi bleh gak la tuk d renungkan bersama & sebagai persiapan awal kitaorang 1 ari nanti..


Artikel ini dihasilkan oleh Ainolyaqin


Para ahli bahasa Arab menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam surah Al-An'am 6 Ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya adalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut:

Caranya:

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dengan sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah s.w.t. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali.

Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaAllah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba .
4:53 AM

Ahakzz.. Seloka Pantun Tuk Korang Arr..

2 Comments »

Kepada Member2 yang ku kenali.. Ni ada Pantun raya tuk korang semua tapi pantun ikut negeri memasing arr.. Kui..kui..


Pantun Tuk Pokjak (Kelantan) :

Make Ikke Cicoh Budu,
Jange Lupo Tamboh Satar,
Kelik Rayo Taksir Laju,
Nanti Rayo Dale Sepita.

Pantun Tuk Mamat Kacak & Jaito (Terengganu) :

Makang Ubi Jamang Jepong,
Makan Kepok Cicoh Cuke,
Bulang Pose Mung Bengong,
Bulang Raye Mung Gile.

Pantun Tuk Bam, Apo, Azmi, Faiz & Z8 (KL) :

Wa Cakap Lu Wa Tak Tau,
Tapi Wa Tipu Sama Lu,
Raya Jangan Buat Tak Tau,
Angpau Ada Bagi Gua Dulu.

Pantun Tuk Atan & Ameer (Perak) :

Gulei Tempoyak Ikan Mayong,
Deroyan Busok Tebok Tupei,
Pandu Hemat Ingat Kampung,
Ase Teman Selamat Sampei.

Tuk memember ku Sabahan plak.. Teda idea mau buat pantun raya tuk kita sendiri.. Ha.. ha.. ha.. Masalahnya.. Sabah ni banyak loghat.. ada 33 dialek.. Sorii..

Apa-apa pun..

Gendang Gendut Tali Rapia,

Kenyang Perut Makan Kuih Raya.

Kura-Kura Dalam Paya,
SELAMAT HARI RAYA.


:P


12:20 AM

Resipi Bubur Lambuk Pakatan Rakyat Tuk Saudara Faiz

2 Comments »

Saudara Faiz.. Memandangkan raya tahun ni ko tk balik.. Ko buat la persediaan awal bahan2 tuk buat bubur ni.. Kat sini teda teda bubur lambuk duuh.. Aku arap ko tau apa bahan2 ni semua.. Minta2 la atan (BN) tolong ko nanti.. Guna la dapur umah tu ngan sebaik mungkin.. Ringan2 tangan tuk blajar masak ni.. Jangan biarkan dapur tak berasap plak.. :-)

Nah.. Ambik resipi ni tuk ko..

Bubur Lambuk Edisi Terhad Pakatan Rakyat

Bahan-Bahannya:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/bsr minyak sapi
3 s/bsr minyak
garam
air

Bahan Tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah Tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintan putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam

Bahan Hiasan
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng

Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan.

Hidup Bubur!!.. Hidup Bubur!!.. Hidup zizaw!!.. Faiz Extend!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


8:49 PM

Kisah Setia Seorang Sahabat Di Malam Raya

0 Comments »
Sian.. Baca La Rerakan Ku.. Layan..

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.

Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. 'Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?' Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. 'Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?' Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. 'Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?' Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.. 'Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je...' tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

'Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?' Naim mengubah topik.

'Cadangnya gitulah!'

' Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!' pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

'Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!' kata Raiz dalam hati.
'Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

'Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!' Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

'Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!' Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .

'Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!'

Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan 'Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!' Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. 'Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!'. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering.. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

'Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!' Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. 'Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!'

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

'Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!'

Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun.'Eh? Mak!' terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. 'Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?' jerkah ayahnya.

'Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh.... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
'Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!

'Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!' Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

'Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?'
'Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada..'terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

'Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!' Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.'Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar
Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda.


PEACE



3:22 AM

Jelmaan Raya 2008

9 Comments »
Assalamualaikum pd rakan2 ku sekalian tak kira mana jua korang berada..

Sempena raya aidil
fitri yang bakal menjelma sekejap lagi.. aku nak ambik kesempatan kat korang nak ucapkan selamat berposa terlebih dahulu sebelum yambut raya.. aku arap korang suma full posa tahun ni.. Minta2 la korang suma full yee.. Hahaha..

Pada member2 yang da berkerjaya tu.. Sambil2 shoping ti
me2 menjelang raya ni.. Diharapkan gak korang tak terlupa membayar zakat fitrah.. Jan buat pura2 lupa plak.. Da ada duit sendiri da korang tu..


Dan kat member yang ambik cuti balik kampung nun jauh kat sana tuk beraya plak kecuali Hulu Langat & KL area.. Hati2 masa memandu tu terutamanya keta Honda color BLACK milik timbalan pengarah.. Hahaha..


Kepada member yang ego tak nak balik beraya tahun ni dan masih berada di bumi Sabah terutamanya saudara Faiz, Atan & Ameer.. Sila Berkunjung ke rumahku berhari raya.. Tapi memandangkan si Faiz ni bakal men
jadi orang Sabah.. Macam susah sket kot bawa dia ni beraya p umah aku.. Biasa la.. PAKEJ mahal kn.. Kena ikut bakal mentuanya beraya tempat lain kali.




Ni la muka2 member yang ndak balik beraya tahun ini.. Masing2 punya agenda sendiri kononnya..


Akhir kata buat kengkawan ku.. Skali lagi aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan aku nak mintak HALALKAN SEMUA yang telah diberikan, terambil daripada korang.. Baik yang kelihatan mahupun yang tak berapa kelihatan.. Gulpp.. Selain tu, aku gak MEMOHON KEMAAFAN dari korang andai kata sepanjang tinggal sebumbung dulu ada kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan.. Baik dalam sedar mahupun tak sedar...



10:10 PM