Faiz, Tolong Fikir-Fikirkan

14 Comments »
Kui.. kui.. kui.. Aku terjumpa artikel ni khusus tuk saudara faiz.. Baca la tuk renungan ko yang jap lagi nak mendirikan rumahtangga.. Kami lama lagi ni.. Tapi bleh gak la tuk d renungkan bersama & sebagai persiapan awal kitaorang 1 ari nanti..


Artikel ini dihasilkan oleh Ainolyaqin


Para ahli bahasa Arab menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam surah Al-An'am 6 Ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya adalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut:

Caranya:

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dengan sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah s.w.t. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali.

Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaAllah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba .
4:53 AM

14 Responses to "Faiz, Tolong Fikir-Fikirkan"

Unknown Says :
September 26, 2008 at 9:50 AM

aku x kisah anak laki ke pempuan...
jangan pondan sudah....
kalau ikut cerita ko kat sini ni, aku kena tido mcmana?
mengadap kanan?kiri?atas?bwh?atau mengadap muka ko?

z ! z a w Says :
September 26, 2008 at 1:53 PM

hahaha... napa plak ko kena miring kiri or kanan.. suh bini ko tido mcmana nanti.. kuikuikui..

mr. zharie Says :
October 20, 2008 at 3:01 PM

boleh main blakang ka??

Anonymous Says :
October 20, 2008 at 8:47 PM

hahaha... apa da ko ni atan..

Anonymous Says :
October 22, 2008 at 9:32 AM

bayangkan faiz jaga anak...hikhikhik....

Anonymous Says :
October 22, 2008 at 11:12 AM

hahaha.. cuba kita bygkan si faiz jaga anak nanti.. bleh ke??..

mr. zharie Says :
October 22, 2008 at 8:33 PM

boleh ar kot.. anok ayam leh kot.. eh..eden raso anak ayam pun dok lopeh laie faiz jago. masak pun idok mandai. sapo gerangan ekau ni jang? brani masuk umno ar..
lahabauuu..

Anonymous Says :
October 22, 2008 at 9:17 PM

apa UMNO2 ni???...

Unknown Says :
October 22, 2008 at 10:45 PM

cis....
skrg aku sdh maju setapak ke hadapan....
takat masak nasi goreng, simple je aku buat...tp sedap teramat sgt sehingga saudara atan x dpt menerima hakikat akan kelazatan yg dinikmatinya itu...

Anonymous Says :
October 23, 2008 at 12:41 AM

byk la sedap nasi goreng ko tu faiz... muahhahahahaha...

hampes ada la...

mr. zharie Says :
October 23, 2008 at 3:36 PM

oiiii..oiii.. sodap gler eden pelahap nasi goreng faizul hadi. Ala2, nasi goreng kampung.. kampung likas+kolombong. pergghh..

Unknown Says :
October 24, 2008 at 12:08 AM

ajis.....
update2...

Anonymous Says :
October 24, 2008 at 6:37 PM

ak tk da masa duuhh nak posting baru.. nanti la ak cari maklumat terkini tuk d kongsi bsama..


-hidup pakatan rakyat!!!-

Post a Comment