Resipi Bubur Lambuk Pakatan Rakyat Tuk Saudara Faiz

2 Comments »

Saudara Faiz.. Memandangkan raya tahun ni ko tk balik.. Ko buat la persediaan awal bahan2 tuk buat bubur ni.. Kat sini teda teda bubur lambuk duuh.. Aku arap ko tau apa bahan2 ni semua.. Minta2 la atan (BN) tolong ko nanti.. Guna la dapur umah tu ngan sebaik mungkin.. Ringan2 tangan tuk blajar masak ni.. Jangan biarkan dapur tak berasap plak.. :-)

Nah.. Ambik resipi ni tuk ko..

Bubur Lambuk Edisi Terhad Pakatan Rakyat

Bahan-Bahannya:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/bsr minyak sapi
3 s/bsr minyak
garam
air

Bahan Tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah Tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintan putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam

Bahan Hiasan
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng

Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan.

Hidup Bubur!!.. Hidup Bubur!!.. Hidup zizaw!!.. Faiz Extend!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


8:49 PM

2 Responses to "Resipi Bubur Lambuk Pakatan Rakyat Tuk Saudara Faiz"

Unknown Says :
September 26, 2008 at 9:23 AM

Sememangnya gua dah tahu memasak bubur. x perlu penerangan yg begitu pjg. cukup hanya melebihkan air pada beras sebelum dimasak.maka jadilah ia bubur nasi sebab gua pernah tersilap memasak nasi suatu ketika dahulu hingga nasi terbabit menjadi bubur. Dan itu jugaklah pepatah pujangga orang tua2 iaitu "nasi sudah pun jadi bubur" diambil dari rekaan bubur nasi aku tersebut.

Adapun bubur lambuk yg tuan maksudkan mempunyai resepi yg tidak lengkap bermula dari bahan2 masakan yang bercelaru dan memeningkan kepala kesukma. Hanya bunga cengkih daku mengerti, bahan lain tu mcm bunga lawang, bunga penaga haram jadah aku x tau pebende tu. Maka sukar mahu dihasilkan bubur ini jika definasi terhadap isi kandungannya masih kabur2.

Manakala saranan anda juga tidak begitu berbaloi dan tepat. Dimana gua dapat mencari sudu2 teh dan sudu kecil walhal sudu2 rumah ko besar2 belaka? logikkah permintaanmu itu? sila sediakan sudu2 teh dan kecil spt yg anda maksudkan di posting ini. sekian...

z ! z a w Says :
September 26, 2008 at 2:32 PM

Atannnnnnnnn!!!!!... tolong la aku tuk kasi explain si faiz ni apa menda2 ni suma.. sedihnya aku dgr... Bunga cengkih ja ko tau.. Ada pun bunga cengkih tu hanya di ketahui terdapat dlm rokok gudang garam ko.. uwahhhhh...

Faiz.. tolong la tau benda ni sumanya.. mcmana ko mau jemput ahli2 pakatan rakyat di rumah nanti masa raya.. malu duh.. dah la ko tu muka anwar.. weihhh..

lg 1.. berkenaan sudu2 tu semua.. lantak ko la.. ak da berikhtiar tuk bantu ko.. tp ni balasan yg ak dpt.. uwahhhhhhh..

dalam kesedihan mendengar semua ni.. aku nk mengucapkan..

Hidup Zizaw!!!.. Buuuu Faiz!!.. buuuu

Post a Comment