Politik Mainan

6 Comments »
Kebelakangan ini kita sering mendengar pelbagai isu hangat politik semasa negara.. Halatuju politik kita semakin meliar sehinggakan melarat sana sini.. Tak ada kesudahannya.. Setiap hari mesti ada yang baru.. Aiii.. Apa la nak jadi macam ni??.. Namun apa yang kita sedari.. Suasana sebegini la yang menjadikan sesuatu isu politik makin syok untuk di perkatakan oleh sesiapa jua tidak mengira golongan muda ataupun tua.. Ha.. Ha.. Ha.. Biasanya ceta politik ini kita selalu dengar bila kat kedai kopi je ( Faiz ngan Atan kebiasaannya la yang suka buka ceta2 politik ni ).. Ish.. Ish.. Kekadang tu boleh menjadikan keadaan makin tegang hanya sebab masing2 mempertahankan fakta yang diperolehi...

Tapi sekarang politik mainan ni boleh berada di mana2 saja.. Bak kata pepatah "Zaman Dah Berubah.. Dunia Dah Maju".. Maksud tersirat aku ni.. Dalam dunia Travian le.. Ha.. Ha.. ( Faiz tau ni ).. Setiap kampung mempunyai pelbagai nama.. Nama kg Faizhensem kononnya.. KG.PAS & Kg.Pakatan Rakyat.. Dimana pada ketika ini kami sedang memikirkan isu rancangan peluasaan kawasan jajahan perkampungan menjangkaui bahagian tenggara sendiri ( InsyAllah ).. Mesyuarat ini adalah penting bagi bahagian perkampungan tenggara sendiri kerana bahagian utara, selatan, barat dan timur adalah terlalu jauh ko-ordinatnya untuk dilawati mahupun proses urusan perniagaan dan urusan turun padang oleh wakil-wakil ahli bahagian tenggara untuk membantu masyarakat perkampungan yang ditindas oleh puak-puak pakatan yang gah namanya dilakukan.. Hasil perbincangan mesyuarat bahagian tenggara ini masih lagi dalam proses awal.. Di awal proses ini berjalan.. Terdapat beberapa orang penduduk di dalam bahagian tenggara sendiri telah memberikan respon yang baik untuk menyuarakan hasrat mereka mengikuti pakatan (Alliance) ini.. Ketika ini juga.. Bangunan pembangunan bahagian wilayah tenggara masih di berada di tahap 1 iaitu (10%) dan dalam proses menaiktarafkan statusnya..

Namun sedikit kekecohan berlaku dimana kepincangan dalam mendapatkan status nama pakatan wilayah bahagian tenggara sendiri ketika ini tapi berjaya dikawal dengan tenang.. Kekecohan itu timbul akibat terlalu banyak pilihan nama yang di beri oleh penduduk sekitar tenggara.. Ini membuatkan pihak tertinggi pakatan wilayah tenggara menangguhkan sementara pemilihan nama pakatan baru tersebut.. Pilihan pakatan yang sedia ada di dalam dunia politik travian terlalu banyak disamping manifestonya adalah berlainan dan setiap satunya memerlukan bebanan yang harus ditanggung sekiranya melanggari batas perundangan politik pakatan tersebut yang diwakili.. Inilah keperitan bahagian perkampungan tenggara.. Kerisauan ini sudah berlanjutan sekian lama di tenggara kerana ketiadaan pimpinan yang berkebolehan dan berkelayakan dalam membangunkan bahagian yang dikatakan terpencil dalam dunia politik travian..

"Cukup la selama ini kita hidup di perkotak-katikkan oleh puak pakatan utara, barat, timur mahupun selatan dalam memperalat serta menperkecilkan perkampungan tenggara" kata salah seorang penduduk yang hadir dalam menyuarat tersebut..

Selain itu.. Salah seorang penduduk juga menyatakan kepada pihak pakatan tenggara baru.. (Bakal Mentadbir tidak lama lagi)..

"tidak ada gunanya lagi kita terpengaruh dengan manifesto yang sentiasa indah khabar dari rupa yang kononnya membantu perkampungan tenggara sekiranya berada dalam keadaan kesusahan".. "ini semua tipu belaka dan tengok sendiri hasil yang kita perolehi selama ini".. "TIADA APA-APA".. kata seorang penduduk yang melepaskan kegeramannya dalam mesyuarat pakatan tenggara tersebut..

Boleh la dikatakan ketika mesyuarat tertinggi bahagian wilayah tenggara berlangsung.. Terdapat banyak isu yang masih membelenggu wilayah tenggara akibat ketersilapan memilih pakatan politik dalam pilihanraya sebelum-sebelumnya.. "Tugas kita belum selesai dan kita harus membuka lebaran baru dalam perubahan politik kita sendiri".. kata bakal pemimpin baru bahagian tenggara tersebut.. Apa yang diketahui sekarang.. Penduduk wilayah tenggara sudah bersedia dan berani untuk melompat parti kepada bakal pakatan tenggara baru (Belum ada namanya) nanti.. Ini juga menguatkan keazaman penubuhan pakatan tenggara baru dalam mewarnai dunia politik travian..

Setakat perolehan mesyuarat dalaman tersebut itu juga.. mendapati manifesto yang dibuat adalah mudah dan berbunyi..

"Kami Dengar, Kami Lihat, Kami Tadbir & Kami Takluk"..

Semasa mesyuarat hangat berlangsung.. kedengaran suara penduduk wilayah tenggara melaungkan kata-kata peransang "Hidup Pakatan.. Hidup Pakatan Tenggara!!".. "Kami sedia bersama anda".. Bakal pemimpin berkenaan berterima kasih kepada mereka yang sanggup hadir dan mahu melihat sendiri perjalanan mesyuarat tersebut..

Mesyuarat ini mungkin berlanjutan dalam beberapa hari lagi kerana ianya mengambil banyak penilaian dan pendapat dari suara penduduk wilayah tenggara sendiri.. Mesyuarat wilayah bahagian tenggara di akhiri dengan sambutan bunga api dan sorakan penduduk untuk merayakan kelahiran penubuhan PAKATAN TENGGARA BARU..


view
7:09 PM